3 Jenis Ubat Untuk Kencing Tak Lawas, Boleh Beli Di Farmasi Dengan Preskripsi Doktor! (2024)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/01/2024

    3 Jenis Ubat Untuk Kencing Tak Lawas, Boleh Beli Di Farmasi Dengan Preskripsi Doktor! (3)

    Tahukah anda, masalah kencing tak lawas sebenarnya boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Rawatan dan penggunaan ubat juga bergantung kepada punca yang menyebabkannya. Bagi masalah yang ringan, anda mungkin boleh menggunakan ubat kerap kencing di farmasi sahaja.

    Jangan hanya bergantung kepadarawatan tradisional kerap kencingsahaja ya? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Apakah sebenarnya kencing tak lawas?

    Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing tak lawas, anda mungkin sering berhadapan dengan masalah tidak boleh menahan kencing terlalu lama.

    Malah, ada individu yang sering mengalami isu kawalan kencing sehingga boleh menyebabkan masalah kerap kencing.

    Secara umumnya, masalah kencing tak lawas merujuk kepada kehilangan kawalan terhadap fungsi pundi kencing.

    Tahap keterukannya bermula daripada masalah terkencing yang kadang-kadang berlaku sehinggalah kepada rasa ingin terkencing secara tiba-tiba yang begitu kuat.

    Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan warga emas, namun ia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    Antara punca kerap buang air kecil waktu malam dan siang ialah seperti pengambilan kafein, alkohol, dan makanan yang tinggi dengan kandungan rempah, gula dan asid.

    Selain itu, ubat-ubat tertentu dan dos vitamin C yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kekerapan buang air kecil.

    Terdapat juga punca kerap buang air kecil waktu malam dan siang yang disebabkan oleh penyakit dan keadaan tertentu.

    Ini termasuklah kehamilan, melahirkan anak, menopaus, kanser prostat, peningkatan usia, tumor dalam saluran kencing dan gangguan neurologi.

    Jadi, apakah jenis ubat yang anda boleh ambil sebagai cara hilangkan kerap kencing itu?

    Ini antara jenis ubat kerap kencing di farmasi!

    Untuk pengetahuan anda semua, ubatan di dalam rawatan kerap kencing lelaki dan rawatan kerap kencing perempuan adalah sama sahaja.

    Flavoxate, Oxybutynin dan juga Tolterodine merupakan antara jenis ubat-ubatan yang sering digunakan dalam rawatan kencing tak lawas.

    Ia boleh merawat masalah kekerapan kencing, keinginan membuang air kencing yang tinggi serta ketidakmampuan mengawal pembuangan air kecil.

    Ubat Flavoxate juga boleh digunakan bagi melegakan masalah kekejangan pundi kencing ketika penggunaan kateter.

    Apakah dos bagi ubat kerap kencing di farmasi ini?

    3 Jenis Ubat Untuk Kencing Tak Lawas, Boleh Beli Di Farmasi Dengan Preskripsi Doktor! (5)

    Bagi anda yang pernah ke hospital dan klinik, ubat-ubat ini perlu ditentukan dosnya melalui doktor yang merawat anda.

    Dos akan ditentukan oleh doktor berdasarkan keadaan semasa masalah anda.

    Ubat ini juga hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.

    Oleh itu, jika anda mahu membeli ubat kerap kencing di farmasi, anda perlu mendapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu dan membawanya bersama ke farmasi.

    Apakah terdapat sebarang kesan sampingan ubat ini?

    Setiap ubat-ubatan termasuk ubat kerap kencing di farmasi mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.

    Namun, kesan sampingan ini hanya berlaku pada peratusan yang kecil dan biasanya hanya bersifat sem*ntara.

    Untuk ubat kencing tak lawas ini, ia mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti kekeringan mulut, mual, muntah-muntah dan masalah sembelit.

    Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan kekaburan pada penglihatan dan juga rasa mengantuk.

    Bagi melegakan masalah kekeringan mulut, anda boleh mencuba menghisap ais atau gula-gula.

    Langkah pengambilan ubat kerap kencing di farmasi

    3 Jenis Ubat Untuk Kencing Tak Lawas, Boleh Beli Di Farmasi Dengan Preskripsi Doktor! (6)

    Sekiranya anda ada menghidap penyakit lain seperti glaukoma, penyakit berkaitan jantung dan juga keradangan usus (kolitis), anda perlu menyatakannya kepada doktor yang merawat atau ahli farmasi di farmasi tersebut.

    Selain itu, anda juga perlu memaklumkan sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat-ubatan, vitamin atau suplemen lain.

    Begitu juga dengan masalah alahan atau alergi, anda juga perlu memaklumkannya kepada doktor dan ahli farmasi bagi mengelakkan komplikasi alahan kesan daripada ubat-ubatan tertentu.

    Sekiranya anda memandu, anda perlu berhati-hati kerana ubat kerap kencing di farmasi boleh menyebabkan rasa mengantuk selain penglihatan yang kabur.

    Wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak juga perlu memberitahu doktor mengenai keadaan mereka sebelum mengambil ubat kencing tak lawas ini.

    Cara penyimpanan ubat kerap kencing di farmasi

    Bagi mengelakkan anda terlupa dos atau aturan penggunaan ubat, pastikan anda menyimpan semula ubat-ubatan anda ini di dalam botol atau kotak ubat yang asal.

    Botol ubat juga perlu ditutup rapat dan diletakkan di tempat yang kering selain jauh daripada cahaya matahari.

    Ini untuk memastikan agar kualiti ubat tidak terganggu atau terkesan dengan perubahan suhu dan kelembapan.

    Untuk ubat yang telah tamat tarikh luput, anda perlu mengembalikannya semula ke farmasi agar pihak farmasi boleh melupuskannya dengan cara yang betul.

    Selain itu, pastikan ubat-ubatan anda jauh daripada capaian bayi atau kanak-kanak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    3 Jenis Ubat Untuk Kencing Tak Lawas, Boleh Beli Di Farmasi Dengan Preskripsi Doktor! (2024)
    Top Articles
    Latest Posts
    Article information

    Author: Gov. Deandrea McKenzie

    Last Updated:

    Views: 6388

    Rating: 4.6 / 5 (66 voted)

    Reviews: 89% of readers found this page helpful

    Author information

    Name: Gov. Deandrea McKenzie

    Birthday: 2001-01-17

    Address: Suite 769 2454 Marsha Coves, Debbieton, MS 95002

    Phone: +813077629322

    Job: Real-Estate Executive

    Hobby: Archery, Metal detecting, Kitesurfing, Genealogy, Kitesurfing, Calligraphy, Roller skating

    Introduction: My name is Gov. Deandrea McKenzie, I am a spotless, clean, glamorous, sparkling, adventurous, nice, brainy person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.